Tuesday, August 10, 2010

Al Ramadhan al datang al lagi :)


Al Hello al semuaaaa. Al apa khabar? Al sehat? Al dah al lama al tak al update al blog al kan? Al heheee, al sorryyy.






AL ASSALAMUALAIKUM





Anak bulan ;D



Hahaha. Ni lukisan nana. Aku senyap2 masuk dlm blog xD










Al haaa, al ramadhan al tiba al lagiii.Al aku al nak al ucapkan al selamat al menyambut al bulan al ramadhan.Al korang al jangan al fikir al nak al raya al jeee, al esok al baru al nak al start al puasa.

Al aku al nak al cerita al pasal al aku al waktu al sekolah al rendah al dulu. *erghh dh la weyh. Aku taknak guna AL AL AL lagi dahhh. Annoying kan?


Haaa ni masa aku darjah lima and empat. Jujur la kann, dulu nak gi surau msti tnye geng dulu," kau gi surau tak?" Kalau diorang tak pegi, malas aku nak pegi --" Sbb tkde geng nak makan keropok, mesej, usha2. Usha laki tau takk. Giloooo --", teruk nyaa dulu. Gi surau bkn nak solat terawih. Solat pun enn main tolak tolak dgn amira, syira, atikah and fae :D Ada lagii orang lain tp aku tak ingat. Haa dahla sembahyang sambil gelak2 jatuh kat lantai --" Dulu sape tah. Tgh solat enn, dgr bunyi mesej, terus stop solat. Pastu reply mesej --" Aku tk ingat sape, tp geng aku xD

Teruk kann? Tolonglahh wahai adik2 di rumah, jgn ekot perangai kami.


Sambung sambung. Pastu, bawak buku, tulis diary. Bila baca balik, nak tergelak je --"





Sekali lagi. Teruk kannn? Bukan nak solat terawih. Pstu bila org nak dekat habis solat, kitorang gi tandas then tukar tudung. Dari pakai telekung, tukar tudung sbb nak gi main mercun dekat luar. Gilooo -.- Pastu main kejar2 ngan lakii.Apakahh? Apakahh saya ni perempuan duluu? Dahlaa main mercun yg hebat hebat lak tuu. Sanggup habis duit beli mercun, pastu main bende alah tu masa orang tgh solat --"





Lepastu kann, tiba2 ada pakcik nii dia keluar dari surau sbb nak marah auu. Pastu aku larii cepat2 menyorok. Kadang2 lari rumah syiraa. Haha rumah dia dekat dgn surau :D Ada satu kali ni, sorok belakang bas. Tiba-tiba pakcik tuu prasann ann, dia suluh lampu kat kiteorang T_T Hahaaaa apa lagi cabut lari laa xD Kesian dia tk dpt tangkap. Wohooo power tak power takk? *kening kening



Kalau tak main mercun, gi masuk kawasan appartment orang. Gi beli ice cream, lepak2 dekat taman situu.Haahaa bestt xD Main kejar2 lah,lumba lari, police and tree :D Wait! Police and tree ke, police and thief? Selalu dgr org ckap police and tree? Tp apa maksud police and tree --"? * Ahh apa2 je lerr.



Kalau dulu tu kann, beg penuh dgn gula, keropok T_T Maakan je keje. Pastu pakcik surau yang hensem meletop kebaabom tuu marah kiteorang knp tk solat. Haaa apa lagi lepastuu, puraaaaa puraaaa solat. Hehehe. Gelaaaaak je keje. Aku rasa antara geng2 kat surau tu, geng aku paling bising.



Okeh baiklah. Tu kisah drjah 5 and 4. Tapiii darjah 6, taklah seteruk tu. Baik jugakla~ Hehehe, gi surau bawak buku. Yelaaa kan nak UPSR :D Ohh rindu UPSR T_T Tp masa drjah 6, tak selalu gi surau. Alasannya, nak belajorrr.




Form 1. Ohh kami dh suci~ Tak gelak2 lagi. Tak tolak2 lagi masa solat. Sembahyang penuh :D Sbb masa form 1, tak banyak geng :'( Ramai yg dh gi asramaa. Rasaa bosaan.


Form 2? Mcm manaa pulaak? Emm form 2, aku gi solat ngan mama je lahh kat depan. *cewaahh baik2, hehe. Nana laa pulok tubuhkan geng dia :P Ohoii makcik, kalau buat bising, bgtau mamaaa :P * Haha padahal kakak borek adik rintik xD







Haa tu masa solat terawih. Masa qiyamullail kan, kecik2 selalu ekot mama gi surau. Bawak bantal, sebesor-besor bantal, pastu tido kat blakang. Sedaaap~ Dahla gelaap. Giloo doo, org solat kita tido --" Tkpe, tu kecik2. Tak tau apa2. Hehee



Masa drjah 5, syiraa selalu gak gi qiyamullail, pastu bawak kuih raya satu balang. Hahaha sedaappp.Bila org solat, kiteorang tido.Bila org nak sahur, baru bangunn :D


Hmm okay lah okay lah. Aku pun dh takde idea dah ni. Apa2 pun, SELAMAT BERPUASA KEPADA SELURUH UMAT ISLAM. Jangan penat2 puasa sehari, tp kita buat perkara yg boleh kurangkan pahala puasa kita. Sila jauhkan okayy ;D Bye byeee everyonee.







KEPADA MAISARAH JEFRI ;)






Maii, stop membebel bebel tau :D Kau yang cakap cakap, aku yang penat tau --" Soo bulan puasa ni, elakkan asyik bercaakap je. Nnti kau penat kang :P


Wednesday, July 21, 2010

LOT


Heyylooo bapak bapak ibuk ibuk. Apa kalian sehat? Waduh waduh udah lama gue enggak omong omong endon dlm blog nih. Dulu dulu sering aja gue omong endon dlm blog ni karna dulu gue ialah mat endon tp sekarang bukan lagi. Sekarang gue ialah mat london :D * Yee saya tahu awak tgh bkk mulut dan berkata, bajet gila. Okay saya bajet.


Mula mula kita harus bagi apa? Bagi apaaaaa? Bagi hadiah? Noooo. Bagi duit dulu? Noo. Bagi salam dulu laaa. Bkn ASKUM, bkn CEKOM, bkn AKUM and bkn SEKOM. Rajin rajin kan lah tangan tu menaip ASSALAMUALAIKUM. Okayyy? *jawab tau, penat taip ni :P

Apa aku nak cerita harini yahhh? Takde cerita. Eh, tanya la saya tengah buat apa? Tnya laaa. Ok. Dina, awak tengah buat apaaaa? Hehehe terima kasih kerana tanya * padahal diri sndiri tnye -..-

Okay syaa tengah menaip and err tengah layan friend request nii. Setelahh sekian lamaaa tak bukakk. Dibiar-biarkan jeee,hahaa * Sorry wahai peng-add. Tengok-tengok kan, friend request dah 90 lebih dah~ Ni pun aku dah give up nak approve kan, ignore kan. Skarang dh tinggal kan 60 lagi. Spe nk tolong aku layan friend request ni? Sapeee? Sapeee? Oh lupaa hajar nak tolong, hahaha. Trimas :)) Ok stop pasal ni.

Now, 12.54 am ! I can't sleep~ Ok lah kita cerita ni lahhh, td ada kena buat presentation BM. Semalam tulis kat kertas mahjung. Cikgu suruh buat lawa2, kreatif2. Aku tgk semuaaaa lawa2. Bila aku tgk aku punya kertas, macam apa je --" Kumpulan umar kreatif dooo kertas dia. Lawaaaa :D Aku puji niihhh * kening angkat. Okay smbil buat benda tu, tiba tiba aku pndang depan. Oh apakahhh silau silau ni? Apakah? Ciketttt * bunyi camera. Cg. Zuraidah tangkap gmbar. Errr muka tk bersedia --" Nak tengok? Wekkk tak bolehhhh :P * Kecohnyaaa --"




Tengok tuuu, muka tgh rindu dgn Lee Dong Wook ^^

Serious tak bleh blaaaa je muka --" Kalau nk tgk gmba lain, tgk dekat fb ckgu Zuraidah yg cun melecun ni yeeee :D Sambung sambung. Harini buat presentation, aku mcm tah pape tahhhh. Tak habis2 gelak gelak. Nak tau knp? Sbb aku asyik2 teringat lawak arshad. Mulai sekarang, aku nk try tak nak gelak dgn lawak dia --" Dia gelak pun, aku dh tergelak. Kalau kau msuk raja lawak, confirm menang :P Ehh rasa mcm nk buat balik je presentation tuu. Sbb aku main2 --". Dah laa kertas mahjung tak lawaaa, present pun tah pape -____-. Sila ikut jejak kasih dina. Eh? Jejak kasih? Okay tiba tiba.

Btw, sebut pasal Lee Dong Wook kan, jgn laaa kutuk dia tua --" Tahula umur dia dh 30 lebih -.- Tp tetap hensem meletop kebaaaabom ^^



Lee Dong Wook tgh bersedih sbb dah lama tk jumpa aku xD

---------------------------------------------------------------------

Pagi td koko, kelab agama. Buat treasure hunt. Carik benda yang boleh and tk boleh untk beristinjak. Pstu kena carik 5 makhluk ciptaan Allah. Apa yg kiteorang dpt, semut jeeee -.-
Ada 4 lagi. Gi kantin mintak dekat jejaka2 kantin tu, lalat yg dh mati. Tp takde -__-

Pstu gi padang, tgk2 jumpa tikus. Euww. Geli gilaaa T_T Selamat tikus tu dh mati. Tp jgn harap nk amek. Spe amek mmg lah giiiii **. Giiii apa? Haaaa apa? Giiiigi laa. Bkn gilaaa, aaa salah :P

Hah carik2 dh penat, then balik je la surau. Apa yang menarik kannn * cehh menarik xD. Setengah bdk laki dah tak balik surau. Balik rumah agaknya --" , ambik kesempatan annn.

Kumpulan spe tah mg. Tp bdk laki. Elehh bajet je :P Then kat sekolah ejek, ' Aaaaa kalah '. Eee sapelah tu kannn :P Hahahaha.

Eh jap, aku nak selit sikit pasal makanan haram. From now, jgn minum vitagen, yakult, err and solivite. Jangan mkn yogurt sekalii. Nak tahuuu? Yogurt diperbuat drpd apa? Najis kanak2 bawah 2 tahun. Euwwwww! What theeee fish --"


KEMBALI SELEPAS INI..


Iklan
-----------------------------------------



' BEREHAT SEBENTAR BERSAMA KIT KAT '




TERSUKAN BERSAMA DTV..


Ceeewahh! Dulu TV Dina, skarang DTV. Wahhh maju maju * tu pun maju --" Weh weh weh, nak tau tak knp aku sedih sikit hari ni? Sebab kertas MT hilang T___________T Dahla tak siap lagi. Btw, td tuisyen buat latihan locus. Mak aiii, susah --" Pening kepala.

Dulu dulu ingat tak aku kata nak jd arkitek? Ingaaaat taaaak? Ohh tak baca eh? Takpeeee takpee T_T Skarang kaaan, rasa mcm nak tukar pulak my ambition ni :D Papa, boleh tak ina nak jd saintis? Cewaaaaah! Sains dahlah susaaah T_T Harapan laa nak jd saintis. Tp entah, tiba2 ada minat nk jd saintis Islam yang berjaya :DD Hehehe, doakan tau * kening kening *

Apaaa lagi nak cerita? Campur2 kan entry kali nii. Boleh jadi ABC. Emmm yummy. Erhhh laparrrrrrr T_T

Sudah2 lah tu makan. Dahla pipi aku ni dh gemuk . Sedih.. hingga menjilat jari * tiba tiba * Ahh sabtu ni nk jogging lahh. Rasa mcm nk tembak je pipi ni -.- * alamak!! Dah habis peluru --" Sape nak derma? Sarah!!!! Derma kat aku cepat. Curik je tau. Kerja bunuh isteri2 lee dong wook je kan xD Nasib baik tk bunuh aku ^^

Eh eh aku tulis panjang2 ni, mcm laaaa ada org larat nak baca --" Aku dh rindu katil ni. Soo it's time for sleep :D Now, 2.oo am. Esk bgun lewat aku tak tau --"

Wait wait wait, spe dh siap folio sejarahh? Mehh hantar dekat Cikgu Dina meh. Boleh tiru ^^ Hahaha jkjk. Btw, sape2 ada bendera sekolah kita, tolonglah derma kpd saya. Cari kt internet tkde pun * tak popular kot sekolah kita :P

Err kata nak tido, tp merepek kerepek lagii. Bye laaaaa. Byeee. Byee la weh!! Aku rasa aku gilaaa mlm ni --"

* Amira ingat tak, Mai ckp apa maksud LOT? Hahaha. Mai mai xD

* Pilot hensem ^^



Sunday, July 4, 2010

Saya dah jejak UTM,haha

Assalamualaikum wahai pembaca yang setia atau yang tak setia :P


Heee kita jumpa lagi kan? Soo nak cerita, yang harini angah dah masuk UTM :) Congratulations. Okeh jangan nangis angah T_T Hahaha. Td pukul 9 pagi bertolak. Aku, papa,mama and nana je yang ekot. Pp malas kot -..- Awam pergi stadium sebab dia masuk acara lari 4x200. Haha balik2 dia kata kalah -.- Apa daaa awam ni~

Hmm bila dah sampai2 dia ambik borang then masuk dewan. Aku tak tau dia buat apa dalam tu. Daftar kot. Parents takleh masuk. Aku nana boring tunggu lama. Hahah then tangkap laa gmbar, rakam rakam lahh apelahh. Merepekk jee. Ehh btw, banyak gilaa senior2 hensem kat situ ^^ * Huh dasar gatal -.-



Saya dah jejak UTM :)

Dekat dengan KLCC je pun :P


Semua tengah tunggu lama -.-

Dewan yang angah masuk tu


Zzzzz tengah bosan. Tangkap la gambar ;)


Tudung aku tak betul doo --"


Tangan nana besar punyaaa xD


Uishhh nana nmpak lain la xD


Nana, makan lah lagi~

Tunggu tunggu tunggu, akhir sekali keluar jugak angah dari dewan. Pastu ada akak ni tolong tunjuk kan blok mana yang angah kena duduk. Okeh boleh tahan jugak. Tp kecik gilaa bilik -.- Tiga orang lak tuh satu bilik. Papa cakap dulu dua orang je.

Then tolong angah kemas2 bilik. Sapu lah, lap mejalah, hampar tikar lah, susun2 bajulah. Baik tak aku? Zzzzz perahsan. Nak tengok bilik dia? Jom kita intai bilik dia xD



Ni meja study dia. Tp mama cakap study dekat library je lagi selesa.
Bilik ni utuk tidoje. Tengok atas meja tu, dah siap ada gamba mama papa xD


Ayokk~ Malam ni angah tido sini dah. Tak tido selesa2
lagi macam kat rumah xD


Angah sebenarnya nak kata yang single. Ada kat belah depan.
Sekali tempat yang dia taknak lahh~ yang dia dapat. Malang betul -.- Dia dapat
tingkat atas. Bangun2 tengok kipas. Zzzz. Tp untung gak laa, sebab plak kat sebelah je :)


Tadaaa! Aku tengah kemas ni~ Rajin tau :P


Okeh ni almari angah. Uishh kalah almari kat rumah xD
Angah~ Ingat kunci almari elok elok. Macam2 dalam tu :P


Nih Nana tunjuk kad metrik angah :)

Hmm then bila dah siap mengemas, nak balik dah. Papa ada meeting. Angah mesti dah terasa sedih kan :P Turun bawah, salam salam. Papa mama bagi nasihat sikit.


Sempat lagi tangkap gambar :P

Angah and me


LEPASTU MENANGIS
-----------------------------------------------------------------------------------



Hehehe emo~


Bai nak balik dah, bai angah.


Oklah angah, papa mama kata jangan malas2. Belajar sungguh sungguh. Bangun awal solat tahjud semua tu, okay? Hahaha good luck xD


Thursday, July 1, 2010

Diary Dunkin Dina kembali :)

He-ho He-ho, assalamualaikum :D Rindu blog saya tak? Kee rindu saya :P? Hahaha sila muntah. Tapi baldi saya taknak belikan.*merepek

Hey dah lama kan saya tak update blog? Im sooo sorry. Hmm saya busy plus mmg takde idea nak update apa.Lagipun blog saya ni bukan best pun. Tak lawak mcm blog supereera :D Blog syeera mmg best, kelakar xD

Ok tadi saya mandi hujan. Ohh nikmatnya~ Setelah sekian lama tak mandi hujan T_T

Jap nikmat apanya? Siapa suruh percaya? Boooo :P

Basah kuyup adalaaa T_T Takde sape nak payungkan. Lee Dong Wok always busy -.- Hahaha. Hujan punya la lebat. Tp aku ngan Amira hebat xD Redah je!! Hee. Balik rumah bru teringat, kenapalah aku tak call je mama suruh ambik? Tak terfikir langsung doo. Tp takpelah, sekali sekala mandi hujan -..-

Tp ann seksi nyahh.. basah baju habis kena hujan. Pastu lekat lekat dekat kulit T_T Aku asyik cover je. Pstu ann aku asyik jerit je -.- Mesti Amira pelik, hahaxD Buku? Buku lagilaaa T_T Paling risau doo buku basah. Heshh balik rumah memang terus jemur buku buku tu bawah kipas. Ambik tangga letak atas katil. Pastu letak buku atas tangga tu. Hebat takk aku? * muka bajet power, angkat kening :P Haha biar buku tu cepat kering. Kertas periksa pun basah. Dahlah esok ckgu Chai nak kutip T_T

Takpelah, kutiplah kutiplah! Result aku pun teruk T_T BM pun boleh dapat B? Ish ish ish. Tp yang lain alhamdulillah :) Except PK and Sivik. Zzzzz jangan tanya ok?

Pffft sambung balik pasal mandi hujan. Tiba tiba pulok pasal exam, malas aku nak cakap -.- Balik2 rumah ann aku dah bersin2 dah, pening kepala pun dah melanda diriku ini~ Tu la, spe suruh redah :P ? Grrrr kasut basah lagi :/


Haihhh, tak ke hensem tu? Hahaha xD Tp, leher dia agak pelik T_T

Kaka, cute nyaaaaaa ^^ Tp kadang2 aku tengok mcm michael jackson T_T


Ni lagi laaaa, uishh ^^ *dasar gatal







Sebut pasal bola *tiba tiba -..- Aduhai~ Torres, Kaka, Ronaldo ^^ Aku dah jatuh cinta dengan diorang T_T Btw, angah and nana. Jangan cuba rampas Ronaldo eh :P Kalau nak ambik Adebayor, aku mempersilakan. Hahhaha xD





Ohh yaaaa, ahad ni pukul 8 pagi, angah dah nak pergi UTM, KL. Dekat je pun :P Mmg every weekend balik laahh. Tp papa tak larat nak ambik banyak kali. Bawak kereta sendiri xD Sabtu ni ada jamuan sikit. Tp kecil-kecilan je. Ajak orang2 surau lepas kuliah subuh :) Soo good luck lah angah gebong gebong. Jangan nangis lak bila bce blog aku T_T Nanti saya terharu :P Hahahaha bajet xD


Hek eleh~ Benda ni kena rampas pun nak kecoh. Hahaha xD Tinggal kenangan je lahh



Nak cerita ni, tadi kan... saya punya pin yang lekat dekat beg saya tu kena rampas T_T Pengawas buat spotcheck. Adoyai, Krisna bagi la warning dulu T_T Jangan la terus rampas doo, sedihh akuu xD Takpe Krisna, taknak kawan :D Tp kau kata pin tu pasal artis -_-? Haish, tu Muslimeen Idol laaa. Penat-penat aku dpt anugerah tu T_T * Jangan percaya, dia ni penipu terhebatt :P Bak kata Mai Hotdog, hahaha jk xD Maisarah laaa The Hottest Girl, hehehe.


Sooo ok lah stalker stalker sekalian. Saya dah nak tido. Pukul 1:58 pagi dah~ Ish ish ish ank "teruna" tak baik tido lewat :P

Sunday, May 2, 2010

Waaa ahad yang lain


Aaaa semalam saya kata esok ahad msti bosan kan? Harini punya ahad takdelah bosan sgt :D Kenapa? Kau gi mana2 ke dina? Takdelah, bknnya buat apa2 sgt pun.

Mula-mula mandi and then belajar sains sikit. Ok ngantuk. Aku tnye mama, ma.. mcm mne nk hilangkan ngantuk? Mama ckp, meh belajar dekat pondok luar ni. Belajar ngan mama, takdelah ngantuk. Tiba-tiba pp balik, haih aku stop belajar ;p Lepas pp balik je aku dh tk belajar dh. Sebok dgn camera, sebok tgk tv. Nak tau tak nk tau tk? Pp belikan bungaaaaa untk mama ;D Untk birthday mama.



Pipi and mama

Meh buat keje kat luar dengan mama ;D


Aku gelak ann, bajet je pp ni. Hahah. Pastu dia bgi dkat mama, mama gelak. And say thank u. Tengok2 ann, bunga plastic -,- Bertambah laaa mama gelak. Mama ckp, bertuah betul. Ingat kan beli bunga betul. Pp gelak je, and dia kata dia dh beli bunga betul tp layu -_-" Apa laaa pp ni.

Bunga plastic ;p



Awam

Papa comel buat peace ;D
Papa ckp, ni msti awek pp belikan. Hahaha pp kata mana ada. Papa time ni main chess dlam laptop. Haha, papa focus gila dooo. Taknak kalah. Angah pulak kasi kek resipi rahsia kat mama ;D

Papa menang :0



Lepastu apa lagi aku buat? Ohh yaaa aku, awam, nana angah and pp main webcam kt laptop angah. Kelakar gilaaaa xD Tergelak2 kiteorang. Lagi2 tgk angah main webcam sorang2. Tergelak2 sampai nak ter ter ter.. ter apa? Fikir sendiri laaa. Sakit mulut aku asyik gelak je. Lps main webcam on fb jap. Then tolong pp buat kerja dia. Dia dh tension buat kerja-kerja arkitek dia tu. Haha. Belum bukak company sndiri lagi ;p Hmmm td dia lukis, aku tlong warna je. Best, sbb aku kn nk jd arkitek ;D Heehaaaa.


Ok and then pegi carrefour pulak. Beli barang2. Barang banyak dh habis. Ok tu je la aku nk cerita. Haha tp alhamdulillah laaa harini tk bosan. Mcm hari ahad lain, msti bosan.


Ooo btw td best jugak tangkap2 gmbar ngn awam


Haha tak jadi -,-

Ni pun tk jdi la ;p

Apa motif? Saje jeeee ;p

Saturday, May 1, 2010

Jangan terasa. Ok bai.

Omaigod. Lupa pulak, entry psl birthday mama kan, aku tak bagi salam pun. Prasan tak? Hahaa lupa gila. Oklah sorry. Skarang ni saya bg salam ok.

A-S-S-A-L-A-M-U-A-L-A-I-K-U-M

Perghh, besar punya!! Jawab tau jawab tau.Surah an-Nisa’ ayat 86 (maksudnya) “Dan apabila kamu diberikan penghormatan (huyyitum) dengan sesuatu ucapan hormat, maka balaslah penghormatan itu dengan yang lebih baik daripadanya, atau balaslah ia (dengan cara yang sama). Sesungguhnya Allah sentiasa menghitung tiap-tiap sesuatu.” Fuyyooo ceramah la pulak. Takpe, sekali sekala kan. Apa salahnya? Cehh mcm prnah berceramah pulok ;p



Hai nama saya Dina. Nama awk siapa? Boleh saya tahu? Oooo tak boleh eh? Ok takpe. Esk saya tembak awk. Awk nk tembak saya balik? Saya boleh terbang. Tipulaaahh! Hei saya kan batman. Eh silap silap. Saya, saya, saya.... Ultraman Dina!!

P/s: Kedai mamaaaak!!! Jangan tutup lagi, saya nk pegi beli pistol air. Ada tak? Ohh takde. Saya nk beli pistol manik. Lagi best! Shhhh!! Jangan bagitau sape2 saya nk beli ni.


Sebenarnya, dlm entry ni aku nk cerita aku bnci org mcm mne. Dah lama dah nk tulis psl ni, tp tk sempat. Are u ready? Tak ready lagi. Ok, pegi tido dlu.

-Firsssssssssssst skali, mmg anti gila-gila dgn org yang suka fitnah and menuduh. Terus bertukar mood, terus berubah perangai aku. Bila diorang buat cmtu, mula lah aku nk marah and baddd moood!

- Second, org yg suka menipu aku. Ok penah ada sorang tu nak tipu aku tp tak jadi ;p

- Lepastu, nak kenakan aku pulokk. Tak jadi tak jadi. Aku dh rasa yg kau nk kenakan aku.Wekk

-Tak suka orang yang kata aku sombong. Hei you! Aku bkn sombong laa, aku pemalu -,- Satu lagii nak ckp kang aku layan laki sgt, ckp aku playgirl. Bila aku tk layan, ckp aku sombong. Suka hati la, mls nk layan laki ;p

-And then, sakitkan hati aku. Oooo tu of course semuaaa org bengang ann.

-Org yang memaksa aku. Haih takleh tahan, takleh tahan. Kena laaa paham. Jangan sesuka hati nk paksa. Maybe ada hal lain ke. Sooo takleh laa nk laksanakan ape kau suruh tu ;p

-Lagiii apa ah? Ooo bila org nk tembak aku. Haha tu tipu laaa. Tak suka kalau ada org nak share air ngn aku. Sorry friends, emmm saya mmg tak suka share2.Dina memang! Cerewet!

-Dina tk suka org kutuk dia depan2. Ok, sapa suka? Angkat hidung.

-Dina tak suka org salahkan dia, padahal dia tak salah. Ok? Ada laaa org tu selaluu sangat. Sooo aku sabar je, senyap je la.

-Okeh aku tak suka ada orang ejek2. Lagi2 ejek nama bapak. Haih ejek bapak sendiri la, ejek bapak org pulak. Lepastu ejek2 muka aku. Aku bersyukur je apa yang Allah kasi :) Alhamdulillah alhamdulillah.

-Tak suka dimalukan. Yelaaaa dina oi, sapa suka kan. Serious pernah dimalukan, mmg maluuu gila. Soo mood tukar. Bad mood!

-Ohh yaaa aku jugak tak suka bila ada org tk nk dgr pendapat aku. Aku diketepikan ;( Cisss.

-Aku tk suka orang yang baaaajet! Yahh aku tau aku pun bajet :p


Baiklah baiklah, saya dh tk ingat. Sampai sini je la. Nnti bila igt aku tambah ok? Ok bai. Oooo lupa aku tk suka org carik pasal. Ok bai, assalamualaikum.


Anak yang baik ;p


Okeh semua nyanyi ikut lagu birthday mcm biasa okay.

Saya sayang mama..

Saya sayang mama..
Saya sayang mama..
Saya saaaayang maaaamaaaa.

Hihi, baru sekarang nak update pasal mama punya birthday. Tak berkesempatan. Cehh busy konon. On fb tak habis2. Malas aaa nak bkk blog. Npe eh? Entah laaa. Okay actually birthday mama 27 April. Sooory bru skarang nk update. Bape kali kau nk ckp haa dina -,- ? 1000 kali boleh? Dah senyap2. Ok.

Dlm blog ni aku ske ckp ngn diri aku sndiri. Haha gle ke apa? Okeh ni bkn tajuk birthday mama lagi dah. Dah melalut ke mana2 entah.

Ok, apa2 pun nak ucapkan dekat mama, Happy birthday mummyyyyyyy. I looove u sooo much. Thanks fr evrything yahhh ;D

And sorry sbb hadiah yang ina kasi tak seberapa, hehe :*) Oh lupa nk bgtau, birthday my mum sama pulak dgn birthday mak humairah :0



Mama and papa. Soo sweeeet xD





Selamat Hari Jadi Mama, terima kasih kerana dh didik ina. Semoga mama sentiasa diberkati Allah, dipanjangkan umur, selamat dunia & akhirat. And semoga dimurahkan rezeki.

Friday, April 30, 2010

Dia buat saya nangis.


Ternangis-nangis aku td, hampir2 jugak nak terkentut. Upsss saya tipu awak. Fuhh dah hilang dah rasa dup dap, dup dap, dup dap aku tu. Choral speaking competition is over! Congratulations to 2 Optimis 2010 :)

Aku rasa macam nk buat balik je! Best la, diorang pun kata mcm nak buat balik. Rasa happy, lagi lagi diorang gelak dengar script kiteorang. Thanks, terharuuu sangat2 bila korang gelak. Semua 2 Kua kata tak sangka korang gelak. Ingat kan kiteorang ckp tak jelas ann. Haha. And aku terharu jugak, ada sesetengah org kata, npe 2 Kua tak menang? Ok lah aku nak jawab, takda rezeki and ada hikmahnya :) Ok? *Kesian.. judges jugak, yang kena. Rileks rileks.

Nak cerita sikit masa kiteorang buat choral speaking ann, kan ada org2 gelak. Then judges pun gelak skali, lagi2 Pn. Puspa -,- Gelak terbahak-bahak. Kiteorang pun mcm dah tk boleh nk focus dah. Sooo kenapa tak menang :( ? Ohhh yaaa, lupa! Takde rezeki :)

Masa nyanyi ann, aaaa time akhir2. Adoii mcm merosakkan. Aku tnye teacher Maizatulaila pun, dia kata nyanyi tuu tk ok. Hahah sian wan, takleh msuk jangan lupa lirik ;p Ohh yaaa, last skali pun salah. Tapi aku rasa diorang tk prasan ;p

Aaaaa skrang tengah fikir, alamaksss choral speaking tk dpt no. 1. Sooo oral dpt apa? Takkan oral tak dpt A kot :( ? Kan best, kalau juara. Free2 je dpt A :) Takpe, takde rezeki.

Btw, saya juga nk join Syaheera. Turut berdukacita. Yelaaa takkan la tk dpt no. 1 happy kot? Sedih, tp nk buat mcm mne kan.

Err okay, awk nak tau apa yang buat saya nangis?

About choral speaking? Oh no no no, saya taklah sampai nangis. Sbb okay lg no. 3. Tapi kalau tak menang... Lu pikir la sndiri.








Bai, Assalamualaikum.





















Haaaaa sambal yang buat aku ternangis-nangis tadi. Sedih aku T_T Pedas bai makan sambal ikan tadi -,- Terlari-lari cari air.




Makkkkkkk aiiiii, pedassssssssssss. Airrrrrrrrr, i neeeed uuuuu! * Sambil lari.

Thursday, April 29, 2010

Alaaa, harini ke?

Tuesday is the wooorst day!
When it is time for PJ,
Dear god, I want rain ! I want rain.
So, we don't have to run arouuund the field again.


Oh anda anda sekalian. Saya harap anda enjoy apabila menyaksikan choral speaking 2 Kualiti. Okeh yang warna purple tu, bila tiba masa tu, awk awk pndg saya eh? Saya jadi solo, baca yang ni. Nanti saya jerit kuat2 eh? Ok bai.

Aaaaa, awk tgk tajuk atas tu? Alangkah indahnya kalau competition ni lama lagi. So boleh practice banyak2. Harini weh, dup dap, dup dap, dup dap. Yahh cuak kot, tiba2 tahun ni mcm banyak pulak saingan. Kalau kalah, oral tak dapat A. And then adela malu sikit ann kalau 2 Kua tak menang. Hmm Ya Allah, harap2 2 Kualiti menang pertandingan choral speaking ni.

Tadi kiteorang practice, tambah sikit2 lagu ann. Ye arrr bila kira masa, omg. Only 5 minutes & 3o seconds. Kiteorang practice dalam pukul 10 smpai 11 lebih. Alaaa tp aku bkn datang pkul 10 punn xD Terlewaaatt, hehe. Cuak kot, smpai2 tak tau nk carik kt mne. Pusing2 satu BTHO. Hahah tade la smpai satu BTHO. Pusing satu sekolah laa, malu kot xD Dahlah time diorang rehat, haih.

Btw, tadi dpt tengok awekss Jusdeep. Bajet je tunjuk kat semua org ;p And and dpt tgk handphone Syafiqah, bestnyaaaaa. Nak jugak nak jugak ;(

Ok lah apa2 pun, nak cakap good luck 2 Kualiti. Kita dah usaha, then tawakal pada Allah je, ok? Nnti kalau aku rajin, aku taip lah script kiteorang. Bai, assalamualaikum.


2 KUALITI giliran yang ke tiga,

jangan nervous ye anak2 :D


Saturday, April 24, 2010

Saya suuuka kannya, Aww

Ayat yang pertama yang selalu guna mesti hello, assalamualaikum. Ohh tidak tahu untuk memulakan bagaimana. Asal sekarang ni asyik nk ckp ayat skeeema je! Haih dont know dont know. Awak awak, awak dah makan dah awak? Saya baru makan ni, best lah jugak makan kat luar tadi :)

Baiklah oo baiklah, saya harini bukan nk cerita pasal pegi makan tadi. Saya nak cerita saya kan saya kan dah mula buat hobi saya dulu duuuulu sangat. Awak nak tau tak? Kalau awak taknak tau takpelah, saya nangis kejap,ok? Huwaaaaa T_T


Ok dah nangis. Saya kan suka melukis. Dulu kan suuuka saaangat buat komik. Lagi-lagi ada Hana, dia pun suka melukis. Sooo dulu2 saya bajet lah kan, nak masukkan lukis
an saya dalam majalah Kreko. Tapi kan sekarang ni, dah besar lah katakan * besar ke? Nak lukis pun, haih malasnya. Tapi malam tadi, tiba2 rasa nk lukis. Ingat nk tido awal, tiba-tiba kan kan kan ada pulaaak mood nak lukis lukis ni. Sebenarnya lukisan saya ni, taklah secantik lukisan dekat komik2 yang korang selalu baca. Dulu pun, bajet je. Lukisan buruk, adoi saya bajet lukisan saaangat lawa. Tapi serious kan, saya cakap. Lukisan Hana laaaawa sangat :) Jealous tau bila tgk dia punya lukisan T_T Meh laaa saya nak tunjuk lukisan saya, ni mmg la lukis sendiri. Tapi saya tiru dari komik. Eh! Kejap saya tak tekap tau. Emm jangan nangis eh tengok lukisan saya. Saya takut nanti banjir pulak.




Tak jadi laaa -_-"

Kita zoom! Buruk ann?


Emph, awak tau? Saya tak habis lukis lagi. Baru lukis setakat ni dh give up dah -,- Haih tak tau lah pelukis2 komik boleh buat satu buku. Haha saya? Setengah muka surat -,- Dulu kan, saya pernah bercita-cita nak jadi pelukis komik. Ooo my god! Jangan harap. Haha then tukar cita2 ye. Saya nk jadi arkitek :) Amin, hehe.



Ok stop sudah, pasal lukis2 ni. Tadi lepas buat hw, saya ingat nak menjahit pulak. Hadoii dah buat benda dulu2 pulak. Dulu saya suka jahit. Tapi takdelah saya suka sangat. Saya lagi suka lukis. U know what? Jahit pun tak habis buat, give up -,- Hadoii, memang la. Saya tak guna mesin jahit. Guna tangan, ok? Bila tengok kain kosong je, nmpk mcm nk jahit bunga bunga. Saya jahit pun buruk, sama macam lukis.


Awak rasa saya jahit yang mana? Yang merah hitam tu la. Tengok lah tu, bawah tebal atas nipis.Yang hijau kuning tu bukan saya buat.





*Hello ahad. Esok ahad, ahhhh mesti boring. I dont know why? I hate Sunday. Maybe kan, kalau ahad emm msti teringat, alaaa esok sekolah, bosannya. Tapi bila dah sekolah tu tak rasa boring pulak ann. Pastu teringat homework tak siap lagi. Oklah bye.

Thursday, April 22, 2010

Digi, ohh Digi..

Hello hello hello, assalamualaikum. Apa khabar apa khabar? Saya selsema sikit. Ok bai.



Ok, apakah motif saya letak gamba ni? Anda nmpk adakah ini rumah merah? Atau biru? Ehh ni rumah kuning daaa. Bukak mata besar2 sampai terkeluar pun takpe, okeh? Dah mula ayat skema dia tu.

Seperti yang anda semua tahu, rumah kuning telah menjadi juara dlm semua rumah sukan. Anda percaya? Ohh maaf saya tipu anda. Yeah, rumah Hotlink menang kan kan lawan ape? Lawan bo? bo? bo? Booolaaa la adik-adik. Yang kedua rumah sapaaa adik-adik? Rumah celcom. Adoii, kenapa Digi? Kenapa tak boleh lawan? Baiklah saya amat terima hakikat yang rumah kuning kalah. Takpe, takde rezeki. Lagipun kan kan kan, merah menang laa. Merah untk Man Utd. Wahahaha xD

Tp kan, bila tgk balik rumah merah penyepak-penyepak bola dia, perghh semua terer2 nampak. Cehh dah kembang laa tuu? Haha, apa2 pun congratulations kepada seeeemuuuaaaa penyepak2 bola. Hehe. Tp kan aku rasa kalau aku join team kuning main bola, gerentiii menang.

Haaa dah dina, dah! Jangan perasan. Ok, baiklah.


Jap, nak msuk bab choral speaking jap. Tak puas hati ni prgerakan still tak sama. Then ada yang nk jerit2. Sabar je laaa, ok bai ;p


Wednesday, April 21, 2010

Bai bai shoutbox.

Hensem tak? Hensem derr
Ni la yang aku tk suka ltak shoutbox. Adaaaa je yang nk kutuk, cari pasal. Baiklah bawak bertendang. Ok silap, bwk bertenang. Ha-ha dina buat lawak ;p
Secara rasminya aku dh buang shoutbox, malas nk layan org org tuuu. Tak tau laa apa masalah.
Sapa makan petai, kentut dia la busuk. Haaa mulut pun sama, jangan lupa yee ;p Aik terasa? Ok takpelah, maaf. Yang betulnya, lu pikir la sendiri!! Assamekom!* Ni ayat nabil tak boleh pakai. Assalamualaikum :)
Kejap, L for ? L for? Lu pikir la sendiri. Tata titi tutu.


Monday, April 12, 2010

Kami dah tua,lalala


Weh hello miss, hello miss ~ Idlan ponnn ponnn


Assalamualaikum, ehh penah jawab tak bila aku bagi salam? Hehe. Keee baca je? Ok apa2 je lah. Dah lama tak update T_T Sori sori sori..* Ahh super junior ^_~ Aku nak tunjuk gambar Kami Dah Tua, kami tuu aku ngan angah.Tade keje td, intrnet mcm hape -_-" Pegi edit gamba. Best tergelak-gelak sampai aku terkentut. Upppsss! Jap aku nk ckap pasal choral speaking, oooo kelas kualiti bagilah kerjasama. Penat aku * Aaaa tipu tipu ;p



SEBELUM





*



*



*



*



*


*



*



*



*



*





Oooo bab gelakkan orang nombor satu!






*



*




*



*



*



*



*





READY?






*




*



*


*


*
MAK AI.SILAP LA.MAK AI


*


*


*


*


*




*




*


*


*


*


*


*


*


*


*


*


*


*


*

*


*


*


*


*


*


*

SELEPAS



OLOH OLOH TOMEY TOMEY

Haaa kau jangannn, gelak sampai terkentut..aku boleh bau tau dari sini. Pengsan aku.Bukan patutnya kau ke yang pengsan tengok muka comel kitorang? Mmg tak boleh blar je muka ;D Ni angah la ni punya keje. Angah cakap ann, semakin tua semakin comel ye kita xD Okay aku nk buat dialog sikit.

Dina: Jangan lupa call saya ye. * Bajet bibir shomelll. Wekkk ;p
Angah: Aaaaa.What are you looking at?

Angah macam Mrs. Bean

*Weh bantal ada kat atas kepala aku, nana letak. Bye

Tuesday, March 16, 2010

Korea day 2

Mr. Bill yi : Annyeong Ha Sae Yo~
We all : Annyeong~


나와 함께 계속합니다. 둘째 날에는 우리가 인천 국제 공항, 한 착했다. Ehh kejap, kejap! Apa benda kau merepek Dina? Kawan kau mana faham? Ooo silap, sori man! Aku dah tercakap Korea pulok sebab hari kedua ni aku dah sampai Korea! Woohoo! Tu pasal la aku cakap Korea. Hahaha tipu jelah. Baiklah baiklah biar aku translate apa aku tulis tu. Aku cakap...


Teruskan bersama saya. Hari kedua kiteorang sampai di Incheon Airport, Korea (Ini je aku tulis dlm bahasa tu) Alhamdulillah syukur pada Allah kerana telah selamatkan perjalanan aku nak ke Korea ni! Ok bila dah sampai kan, nmpk salji dekat luar, excited! Hahaha. Dalam airport pun dah rasa sejuk, bila keluar airport i was like' aaaaaaa, boleh tahan ke ni sampai hari khamis?'.


Lepastu bajet gila kiteorang, keluarkan asap dari mulut. Mentang-mentang lah sejuk kan so bila brcakap terkeluar asap. Susah sikit nak ckp ngan orang, bila cakap je.. keluar asap. Apa masalah keluar asap? Yelaa asap dia busukla. Tu yang tak tahan tu xD Tapi tapi asap keluar dari bawah lagi best! Hahaha. Nak bagitau, first day kiteorang sampai an, turun salji. Best! Last day kiteorang nak balik pun turun, haha. Maknenya dia nak sambut kedatangan dgn kepulangan kiteorang. Hahaha xD





Ni la asap asap busuk, jk xD


Baru keluar dari airport nampak ni


1 2 3, smileeeee :')


Huuhhh~



Ahh salji, i miss u. Meh datang Malaysia, haha.


Lepas keluar dari airport, terus nampak Mr Bill yi. He's our 56 years old tour guide. Gahh dia sporting lah jugak. Rindu kot kat dia, dia baik tapi bkn Islam. Eh eh tapi kan! Dia ni suka cakap InsyaAllah, Alhamdulillah. Lawak bila dengar xD Harap-harap eko masuk Islam eh? Amin.


Mr Bill Yi bawak kiteorang pergi sana-sini naik bas Hana. Ada tiga orang dalam bas yang selalu ada dgn kiteorang sepanjang prjalanan kiteorang dekat Korea. Iaitu Mr Bill Yi, Kevin and.. driver. Aku tak tau nama dia sapa. Tapi rapat jugak ngan awam xD Dalam bas, Mr Bill kenalkan diri dia. Lepastu dia cerita dia belajar cakap melayu sikit-sikit and nyanyi lagu Negaraku daripada Mokhtar Dahari (Malaysian football) :0


Baru sampai~

And then, dia pegi nyanyi lagu Negaraku. Omgod terharu aku dengar *_* Kiteorang join sekali nyanyi. Hahaha enjoy doo. Sambil sambil tu Kevin ada bagi something kat kiteorang semua yang kat dalam bas. Apa benda entah dia kasi, mcm barang make-up je aku tgk. Dia ada kasi dua botol air sekali. Btw, lupa nak cakap. Bukan my family je yang pegi ni, banyak family family lain yang join jugak.


Awam ckp : Hmm alhamdulillah sampai jugak di Korea ^ ^


Kevin kasi something time kat dlm bas Hana (Rindu bas hana jgk)



Mr Bill tu yg diri kat depan, nyanyi lagi 'negaraku'

The first place that we visited was Kimchi School. We learned how to make Kimchi and we had to make our own Kimchi. Kimchi is Korea favourite food. But i don't like Kimchi. Sebab Tak Sedap! Dekat sebelah Kimchi factory ni ada tempat yang boleh try try baju Korea (Hanbok) then u can snap some pictures with the Hanbok. Aku tak try pon, tapi Mama ngan Nana rajin nak try. Comel bila mama pakai Hanbok tu ;D


Me and my mama ;')


Angah dok semangat nak pakai apron xD


Depan Kimchi School



Dina: Ni Kimchi buruk buatan aku! Tp mmg mcm ni pun kena buat.


Aku ngan angah :o


Papa automatic keluar asap dari mulut, haha.


Ni mama and nana pakai Hanbok :')


Okay lepas dah tu kiteorang naik bas pulak nak pegi lunch. Makan mushroom steamboat, wahaha sedap jugak. Dekat sana kena la pandai2 guna chopstick, wakaka. Sape yang tak reti, guna sudu and garfu. Entahla, kat sana susah betul nak dpt garfu kat restaurant dia. Tu yg kena pndai gne chopstick tu. Kiteorang asyik asyik makan sayur sayur sayur. Ada peluang nak kurus, ahak. Ye la kat sana mana boleh makan daging ke, ayam ke kan. Of course la tak halal.




Our first restaurant ;D



Muka takleh blar ;p



Yummmm



Pipi and Nana infront of the restaurant

Then kiteorang pegi Ceramics village for the pottery factories. Pasu pasu je banyak, bosan aku. Takde makna pun pegi situ. Hahaha. Tapi kan agak cantik pasu pasu tu.



Ni kerja Kevin la ni, pinjam camera pipi jap..pastu buat harta xD



Pasu ni aku buat tau, jangan jeles ~



Weee~



Awam gila ooo, hahaha xD

Dah lama lama sikit naik bas. Dalam perjalanan tu, kiteorang ada stop kejap dekat Ginseng farm. Aku, pipi, nana and awam je yang turun. Mama papa and angah tak turun, maybe sejuk sgt kot. Kiteorang tgk ginseng je, bkn apa2 pun. Kalau tak turun pun takpe, tak rugi hahaha.





After that, we went to Yeoju Premium Outlets. Alahh memang lah barang2 dia best, tapii mahal. Hahaha. Sambil jalan jalan kat situ ann ada awek cun, laki korea handsome handsome. Woot woot, haha ;D Kiteorang semua tak beli apa2 pun except mama :) And then balik Hotel Inter-burgo, woo best doo hotel yang firssst sekali. Hahaha. Dah siap2 mandi, kiteorang pergi dinner. Serious lah, ni dinner ter-best! Memang paling sedap makanan dia daripada hari hari yg lain.




Nana: Wuuuuu~



Alamak time ni aku kena marah dgn laki korea hensem.
Dia ckp: Er hello, no photoring please? Aku: Yeah? So?
Haha no lah, aku ckp 'ok!!'



Aku nk tembak pp, hahaha.



Best la~ Rindu!



Focus dlm bab makan, hahaha.



Lepas habis makan, nmpak kedai buah. My family stop jap, then beli Stawberry. Besar-besar gak strawberry dia. Murah pulak tu, bagus~




Muka pelik doo~

Balik hotel la apa lagi kan lepas tu, dah malam dah. Best ah hotel ni, tapi tido sehari je. Esoknya pindah hotel lain. Bila dh smpai an, kiteorng bkn terus masuk bilik. Aku, pipi ngan awam gi main baling2 salji kat luar. Hahaha syok! Walaupun badan nak beku dah, tp nak main gak salji ;D



Inter-burgo



Dalam hotel, bagi bagi strawberry dekat group2 kiteorg :)



Awam: Haakk! Sejuk, tangan aku! Tidakk!



Tengok pp semangat baling salji kat awam,
haha main perang ngan dia.. sure kalah.



Eeeeeee!


Ok dah sampai sini je hari ke 2, lepas main salji..kiteorang tido. Day 3 kita sambung nanti. Bye!